Pages

Saturday 31 December 2011

Kelas Buttercream



Tiga minggu lepas, I pegi kelas buttercream kat Cheras. Cikgunya kak Yasmin from bakingproject.com. Sebelum ni, I pi belajar hias kek guna fondant aje. Di suatu hari yang hening, I pi meronda blog-blog para bakers, dalam & luar negara. I felt sooooo kagum tengok diorang boleh buat bunga rose guna buttercream. Dah kagum, curious pulak. Maka, keinginan nak belajar tu terus membara. Actually, I just nak concentrate kat kek fondant aje, tapi memandangkan banyak tempahan untuk kek buttercream, kenapa tak pi kelas ajekan? Tak rugi pun.

So, dah jadi satu hal nak carik kelas yg ada silibus bunga rose ni. Dah bertanya (melalui email), ada yg reply, ada yg tak (pelik gak org bisnes tak reply future customer nih Smiley) . Ronda lagi dan lagi, terjumpa website kak Min. Tengok silibusnya mmg kena lah. Dah tu, bukan setakat hias kek, dapat hias cupcake sekali. Weeeehuuuuuu Smiley....

Inilah first time I belajor hias kek guna buttercream. Memang tak pandai. Tengok aje bunga rose yg tak berapa nak menjadik tuu... Rasanya, memang I tak berani ambik order untuk bunga rose buttercream ni. Kena practise banyak kali untuk confidence. Next time I dah pandai, I will tell the world... lihatlah doniaaaa.... Smiley

Resepi: Bread Pudding




Resepi bread pudding yang senang & cincai. Syok buat untuk minum petang atau parti makan Smiley.

Bahan puding:

4 biji telur - dipukul sikit
2 sudu besar gula
3 cawan susu - dipanaskan sekejap
Sedikit garam
1 sudu teh vanilla
8 kping roti - dipotong kerak tepi
Sedikit serbuk buah pala

Cara:

1. Panaskan oven.
2. Satukan telur, gula, serbk buah pala, garam dan vanilla. Pukul dengan whisk.
3. Masukkan susu, pukul lagi, cukup sampai sebati.
4. Susun roti dalam bekas pembakar.
5. Tuang bahan susu ke atas roti. Pastikan semua roti dah serap bahan susu.
6. Letakkan bekas tu ke dalam bekas pembakar yg lagi besor. Kemudian, isikan air panas ke dalam bekas yg besor tu, lebih kurang 1/2 inci.
7. Bakar sampai masak.

Bahan untuk sos kastad:

2 biji telur
2 sudu besar gula
1 cawan susu - panaskan sekejap
1 sudu teh vanilla
Sedikit garam

Cara:

1. Di dalam bekas double boiler, pukul telur, gula dan garam sampai sebati.
2. Masukkan susu sikit-sikit. Masukkan vanilla. Pukul sebati.
3. Pas tu, letak bekas atas periuk yg sudah menggelegak airnya. Pastikan bekas tu tak kena direct air menggelegak. Nanti masak berketul-ketul pulak telur tu.
4. Gaul perlahan dgn whisk sampai sos jadi pekat.

Daaaahhh siaaappppp.... Smiley

Wednesday 28 December 2011

Resepi: Tuna and Potato Pasta Salad


Rajin pulak hari ni nak update resepi. Tadi merayau kat folder gambar zaman tok kaduk, terjumpa gambar pasta ni. Masa reunion sekolah menengah dua tahun lepas kat rumah kawan, tuan rumah sediakan pasta tuna ni. Saaaaaaaangaaaaat mabelessss. Tak sempat mintak resepi, tapi nasib baik jugak dalam pada dok mengunyah, sempat belek apa ingredients dalam pasta tu.

Masa kat Tashkent, barulah dapat buat pasta ni. Tu pun sebab menggelupur kelaparan, terus geledah dapur & jumpa bahan buat pasta ni. Sempoi aje & rasa memang sama macam yg member tu buat. Cuma bezanya, member tu tak letak potato tapi letak kacang kuda.

Bahan:

Spiral pasta (rebus ikut arahan kat peket)
1 tin tuna chunks in water
2 biji kentang (buang kulit & rebus)
Kacang kuda (rebus)
Iceberg salad
Mayonis
Salt & pepper
Daun dil utk sedap mata memandang

Cara:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk salad. Gaul rata.

2. Perasakan dgn salt & pepper.

3. Hias dengan sikit daun dil.


Selamat mencuba Smiley

Resepi: Chicken and Apple Salad


Salad atas ni, bukan I yg buat. Ini salad yg kami makan kat Jumanji Cafe, Mega Planet Mall di Tashkent masa winter lepas. Sangat yummy, simple nak buat, tapi sangat muak kalau makan overdose. Disebabkan sangat suka salad ini & tengok bahan pun simple, maka I dengan memandainya buat sendiri. Ni resepinya:

Bahan:

Chicken breast
Kiub ayam
Apple sebiji (I used fuji)
Mayonis
Salt & pepper

Cara:

1. Rebus chicken breast dengan kiub ayam.

2. Bila dah masak, toskan dan potong memanjang.

3. Apple pun dipotong memanjang juga.

4. Dalam mangkuk, campur chicken breast, apple, mayonis, salt & pepper.

5. Taraaaaaa.... siap.

Mayonis tu, jangan letak overdose. Tu lah punca kemuakan salad tersebut. Chicken cube pun tak boleh masuk sampai seketul habis dalam periuk. Nanti rasa chicken cube tu aje.

Selamat mencuba...Smiley

Monday 26 December 2011

Makan & Makanan di Uzbekistan

Hajat di hati nak tayang gambar shepherd's pie kita, tapi tak de pulak dalam laptop ni. Godek punye godek, terjumpa gambar lama. A plate of sweet treats, dua keping roti Uzbek and a bowl of plov (or nasi daging). Sebelum anda konfius, mai cheq habaq yg cheq ni pernah dok kat Tashkent, Uzbekistan from January 2010 until early May 2011. So, kalau cheq ungkit cerita zaman batu ni, tak lain tak bukan hanya untuk berkongsi info. Mana tau kan kot-kot ada yg nak pi melancong kat sana, you can get real picture lah especially bab makan org kat Uzbek sinun.

Sweets, roti & plov ni were given by one of Mr. Hubby's colleague, Madam Dilnoza sempena menyambut kelahiran cucu beliau. Untuk kenduri tersebut, hanya org lelaki sahaja yg dijemput. Mengenangkan I ni kena tinggal, petang lepas kenduri, gigih beliau menghantar makanan yg dihidang masa kenduri untuk I rasa. Dah ler masa tu musim sejuk. Spasiba balshoi (terima kasih byk2), Madam Dilnoza Smiley.

Moh tengok makanan kenduri orang Uzbek:


Gambar atas ni, I fail untuk mengenali apakah ia. Yang pasti ia manis, kering dan I tak suka. Yg warna coklat tu ialah kek ada lapisan krim. Sebelahnya pun set-set gitu jugak. Yang warna kuning cair tu pulak manisan bersusu dgn pistachio. Banyak dijual di bazar yg menjual dried fruits and nuts. Tak tahan lama, expired tak sampai seminggu.


Atas ni gambar roti tradisional Uzbek yg dipanggil 'nan' (mcm roti tandoori tu) or 'khleb' (roti) or 'lepyoshka' (round bread) dalam bahasa Russia. Mind you, in Tashkent, people speak Uzbek and Russian languages. Org Uzbek mostly cakap dwibahasa, manakala org Russia cakap bahasa Russia lah. Back to the food, khleb tu dibakar dalam oven tanah liat dan dijual serata alam di sana - kedai, bazar, lorong jalan malah di tepi jalan besar. Selalunya penjual bergerak menjual khleb ni dalam kereta sorong dan ditutup dgn kain putih.

Texture khleb ni, keras di luar, agak lembut di dalam. Jika anda pergi ke restoran makanan Uzbek, khleb ni adalah hidangan wajib. Perhatikan 2 khleb atas - ada yg plain, ada yg bercorak. Yang jenis bercorak, macam-macam corak ada, dibuat menggunakan pencucuk khas. Ada juga khleb yg ditabur bijan hitam utk hiasan.

Plov atau nasi daging. It's a traditional Uzbek dish. Selalunya served dalam majlis keramaian. I tell you, this is not a healthy dish at all. Kenapa? Main ingredients include lemak, daging, minyak yg banyak & beras Uzbek yg tersangatlaaaaaaaaahhhh susah nak basuh Smiley. Cara masak pun agak 'mengerikan' bagi yg health conscious. Minyak masak (kat sana guna minyak bunga matahari) dipanaskan. Masukkan daging sebongkah. Goreng deep fry ye. Pas tu masuk lemak, beras etc etc (nanti bila2 I tepek resepi plov yg Madam Dilnoza bagi). Plov ni, kalau org tak expert, mmg tak sedap. Hanyir laaa.... nasik keras laa... Tapi yg pastinya, minyak bergenang. Kat Tashkent, my favourite plov is yg kat Chinni Bazar. Tapi I tak makan selalu. Rasa macam jantung tak sihat je...

Sunday 25 December 2011

Dapur Baru

Rumah baru dan semestinya dapur baru, kan? Introducing my department in the house - the kitchen Smiley... Rumah skrg bukan tak de dapur, tapi sebab kat rumah baru ni ala-ala I akan mendapat office dapur idaman, maka di dalam hati ada keterujaan yg sangat tinggiSmileyJom jenguk...


My dry kitchen. Luas lebih kurang 11X11 kaki. Belah kiri sekali tu ada breakfast counter yg jadi divider antara dapur dgn dining area & guest room. Kiranya dry kitchen ni open lah. Tak suka tutup area ni, nanti jadi kecik , gelap & sesak dada. Ni gara-gara tengok show house lah. Habis ditutup, siap buat pintu.

Ruang kosong yg besooorrr tu utk peti sejuk. Itu saja dah makan banyak space. Macam rugi, tapi bila peti sejuk kecik, laaaaaagiiiii rugi... Ruang kosong bawah microwave tu pulak untuk oven lah kononnya. Actually tak teringin pun nak beli oven yg pesen mcm melekap penuh kat ruang tu, tapi who knows in future kita gatal plak teringin, kan? Banyak kes dah... So, baik buat aje.. Tak rugi pun sbb ruang tu boleh letak barang lain utk sementara waktu.

Secara keseluruhan, I suka lah dgn my new kitchen cabinet. Tak banyak songel masa deal dgn kontraktor ni. Start dgn first call, sampai la habis payment, I tak de masalah besar dgn mamat ni who is also the owner of the company (share dgn brother, org kata). Harga quoted pun boleh kata murah. The whole kitchen cabinet plus 2 under sink cabinets plus walk in wardrobe (frame only) plus pintu untuk my concrete counter top at the wet kitchen, cost me RM10,600 only. The tokey yg kejar kita bila mau pasang, instead of kita yg sibuk kejar dia tanya bila mau pasang. Booking RM500.00 (actually utk lock harga coz takut harga naik lah kengkononnya). Bila dah dapat quotation, then bayar lagi utk cukupkan 40% deposit. Installation makan masa 2 hari utk cabinets & 1 hari utk walk-in wardrobe which was done looooong time before (ni gara-gara kelembapan my house contractor siapkan wet kitchen I Smiley.. Kalau tak cabinet I dah boleh pasang sekali harung). Lepas habis install, the tokey tak bising pun mintak baki payment. I yg tak syok simpan duit orang. I dgr my fren punye cerita, full payment dah mintak awal tp installation boleh main tangguh ikut suka hati. Mana boleh kan?


Introducing my wet kitchen.... Asalnya, area ni ialah yard yg sgt cinonet, ngam2 utk letak satu dapur gas 2 tungku. Oleh kerana kita selalu merengek kat Mr. Hubby nak wet & dry kitchen, maka dia agreed utk extend sikit area ni ke belakang & jadikan my dream comes true... yeayyy SmileyWalaupun sudah extended, area ni tetap ngam2 utk sorang. Kalau Mr. Hubby masuk sekali, makanya akan berlaga lah ponggong kami... isk... Selain utk memasak, area ni juga tpt basuh baju & cuci pinggan mangkuk. Tengok bawah counter belah kiri, situ lah mesin basuh I akan bertapa.


Atas ni pulak, gambar pintu wet kitchen. I pilih security door untuk dapur belakang ni untuk 3 sebab: First utk security, second sebab pintu ni ada 2 layer. I boleh bukak pintu bhgn dalam tanpa bukak the whole pintu. Yg stainless steel tu kengkononnya mcm gril pintu lah. Thirdly sebab pintu ittew cantik..Smiley Cuba imagine, setakat mana pintu itu, setakat itu jugalah wet kitchen I. Kecik kan? Jaaaadi lah. But I am happy... extremely happy. Thanks Mr. Hubby Smiley

Sekarang I dalam proses cuci rumah & pindahkan barang sikit-sikit. Tapi bila nak pindahnya, belum tau. So, berangan aje lah dulu nak masuk office dapur baru...